08 December, 2015

4Hari 3Malam- Cambodia ~ Phnom Penh ( USD 216 ) Per seorang


MAKLUMAT PROGRAM: 

Hari pertama: Ketibaan 

Ketibaan lapangan terbang antarabangsa Phnom Penh (Pochintong) disambut oleh team Cambodia Muslim Tour dibawa terus ke hotel Le Grand Palais Boutique untuk chekin, solat, kemudian berjalan sekitar pusat bandar, makan malam di restoran halal wau dan berehat.

Hari kedua: Phnom Penh-Kompong Chhnang

Setelah sarapan pagi di hotel, bertolak ke Kompong Chhnang salah satu negeri terdapat banyak perkampungan Melayu Islam, disambut oleh ketua kampung, imam dan penduduk kampung. Menziarahi Madrasah, masjid dan mengeratkan silaturrahim bersama penduduk tempatan. Solat berjemaah dan makan tengah hari disediakan oleh imam. Kemudian pulang ke phnom penh melawat Royal Palace, menaiki boat merentasi sungai mekong, makan malam dan aktiviti bebas.

Hari ketiga: Melancong, Membeli belah

Melawat tempat sejarah kekejaman zaman Pol Pot bernama Musium Cheung Ek Killing Field dan penjara Tual Sleng. Makan tengah hari, membeli belah di pasar lama Tual Tom Pong dan pasar Thmey. Makan malam dan berehat.

Hari keempat: 

Melawat kedai W-Export yang menjual barang jenama berkualiti dan murah. Makan tengah hari dan bersiapan untuk pulang ke tanah air. Selamat melancong bersama team Cambodia Muslim Tour! 

HARGA PAKEJ : USD 216/Per seorang

Termasuk: Hotel, Makan Minum, Pengangkutan Van, Tiket masuk musium, Tiket menaiki boat dan pemandu pelancong muslim. Harga tidak termasuk tiket kapal terbang, insuran dan tip pemandu.




No comments: